FEBRUARI 2025

Premier Hadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Openg pada Selasa telah menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-145 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

Dalam mesyuarat lebih dua jam tersebut segala perbincangan dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan rakyat dan kemajuan negara secara keseluruhan.

Premier ditemani oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.